Pembunuhan, kemusnahan di Gaza terburuk pernah dilihat - Ketua PBB

Iklan
Antonio Guterres. Foto AFP

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, pembunuhan dan kemusnahan di Semenanjung Gaza adalah yang terburuk yang pernah dilihatnya sepanjang tempoh beliau memegang jawatan bermula 2017.

Beliau menambah dalam satu temu bual media bahawa PBB menawarkan untuk memantau sebarang kemungkinan gencatan senjata di Gaza, sambil mengingatkan tentang kehadiran"Pertubuhan Pengawasan Gencatan Senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" di Timur Tengah (UNTSO), lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Setiausaha Agung PBB menekankan keperluan dan kepentingan gencatan senjata segera di Gaza.

Beliau menegaskan,"Saya tidak pernah menyaksikan tahap kematian dan kemusnahan seperti yang telah kita saksikan di Gaza dalam beberapa bulan kebelakangan ini."

Iklan

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah"satu-satunya cara" untuk menamatkan konflik Israel-Palestin dan"tiada alternatif lain" untuk itu. - Bernama-Wafa

Iklan