Tujuh ekor llama tarikan Istana ShangriLlama

Iklan
Kesemua llama tersebut mempunyai nama tersendiri termasuk Dalai Llama dianggap sebagai 'raja' dan Barack O’Llama sebagai 'putera'. - Foto Agensi

AUSTIN - Sebuah bandar kecil di Texas, Amerika Syarikat (AS) mempunyai keunikan luar biasa.

Sebuah istana, ShangriLlama yang didiami tujuh ekor llama menjadi tarikan utama di Royse City yang terletak kira-kira 40 minit dari Dallas.

Iklan
Iklan

Spesies yang mempunyai rupa seakan-akan unta namun tidak mempunyai bonggol itu turut mempunyai nama tersendiri seperti Dalai Llama, Barack O’Llama, Como T. Llama, Bahama Llama, Pajama Llama, Drama Llama, dan Sir Lance-O-Llama.

Menurut laman web ShangriLlama, Dalai Lama ialah 'raja' manakala Barack O'Llama ialah 'putera' di istana tersebut.

Iklan

Istana tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Antara aktiviti tersebut termasuk Llama Llessons yang membolehkan orang ramai belajar lebih 150 fakta tentang haiwan tersebut dan Llama Walks di mana pengunjung boleh bersiar-siar sambil ditemani llama.

Iklan

Menjelang pertengahan bulan ini, orang ramai juga boleh menyewa ShangriLlama untuk pelbagai acara bertema dan parti.

"Istana berkenaan akan dibuka untuk majlis perkahwinan dan llama terbabit dijadualkan tampil sebagai tetamu parti pengantin,” jelas laman tersebut lagi. - Agensi