Pakistan tawar visa pantas kepada rakyat Malaysia

Iklan
Hanya pasport dan VPA diperlukan untuk tujuan imigresen. Tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pemprosesan. Foto hiasan.

NEW DELHI - Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warganegara Malaysia yang melawat negara itu bagi tujuan perniagaan, pelancongan atau lawatan keagamaan ke tapak ziarah Sikh.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa rakyat Malaysia hanya perlu mendapatkan 'Visa Sebelum Ketibaan (VPA)' melalui Sistem Visa Dalam Talian Pakistan di https://visa.nadra.gov.pk/visa-prior-to-arrival/.

Iklan
Iklan

"Hanya pasport dan VPA diperlukan untuk tujuan imigresen. Tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pemprosesan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Pakistan berkata, proses VPA diperkemas bagi memastikan notis pemberian visa atau visa dihantar kepada pemohon melalui e-mel dengan segera.

Iklan

"Jika permohonan visa memerlukan semakan lanjut, keputusannya akan dimaklumkan tanpa sebarang kelewatan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan