Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PN PRK DUN Mahkota

Iklan
Mohamad Haizan (empat dari kiri) diumumkan sebagai calon PN bagi PRK DUN Mahkota pada malam Selasa.

KLUANG - Perikatan Nasional (PN) menamakan bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.

Ia diumumkan Setiausaha Agung PN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam Majlis Pengumuman PRK DUN Mahkota di Bilik Gerakan Utama PN PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu, di sini, malam Selasa.

Iklan
Iklan
MOHAMAD HAIZAN

Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang itu merupakan bekas pemain bola sepak Johor FA sejak 1982 dan pernah mewakili Johor FA di dalam kejohanan Piala Razak dan Piala Presiden ketika itu.

Menurut Hamzah, pemilihan Haizan yang merupakan anak tempatan adalah paling tepat memandangkan beliau sangat aktif dalam pembangunan bola sepak dan amat disenangi dalam kalangan anak-anak muda.

Iklan

"Menang atau kalah bukan tujuan PN menyertai PRK DUN Mahkota tetapi kerana mahu membela nasib dan memperjuangkan masa depan.

"Tujuan kita menyerai pilihan raya adalah untuk membela nasib dan masa depan rakyat,” katanya sambil disambut sorakan kira-kira 300 penyokong dan jentera PN," katanya.

Iklan

Hadir sama Pengarah PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Azmin Ali merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu; Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.

Penyokong PN menyambut Mohamad Haizan selepas namanya diumumkan sebagai calon bagi PRK DUN Mahkota.

Dalam pada itu, Mohamad Haizan yang ahli perniagaan berterima kasih kepada Presiden Bersatu dan pucuk pimpinan kerana memilihnya menjadi calon bagi PRK DUN Mahkota.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, yakin mampu mendekati pengundi di DUN Mahkota yang berbilang kaum.