Pencipta kandungan kena fikir dulu sebelum buat

Iklan
'Abang bas' didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Muar pada Selasa.

ISU pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah di dalam kenderaan itu sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak.

Video yang tular itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ia tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Iklan
Iklan

Bukan sahaja dikecam malah 'abang bas' juga didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Muar pada Selasa.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu dilihat menangis di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia empat tahun bagi maksud seksual antara antara jam 5 hingga 6 petang di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara jam 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.

Iklan

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan dia berbuat demikian hanya sekadar content dan tiada sebarang niat memandangkan kanak-kanak itu adalah anak saudaranya namun isu pengantunan seksual atau sexual grooming tidak boleh diambil ringan.

Jadi, secara kesimpulannya semua pihak terutamanya pencipta kandungan perlu berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara dan jangan hanya sibuk mengejar jumlah pengikut di media sosial.

Semoga apa yang berlaku kepada 'abang bas' ini menjadi pedoman semua pihak.