Pusingan kerja patut dilaksana dalam bidang tugas awam

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Nor Halmey)

SHAH ALAM - Pelaksanaan kaedah pusingan kerja termasuk memendekkan tempoh tugasan di tempat sensitif perlu diperluas kepada semua bidang tugas awam dan bukan hanya penguat kuasa.

Pengerusi Rasuah Busters Perlis, Dr Nor Halmey Hamdah berkata, langkah itu penting untuk mencegah pembentukan jaringan tidak sihat yang boleh mengakibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Iklan
Iklan

"Ia perlu dilaksanakan ke atas semua agensi atau bidang tugas awam dalam menangani isu salah laku. Pusingan kerja ini sangat bagus kerana ia memastikan pegawai tidak mempunyai masa yang cukup untuk membina kartel, sokongan atau perhubungan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas usaha Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan kaedah pusingan kerja termasuk memendekkan tempoh tugasan di tempat sensitif secara berterusan sebagai langkah tangani isu salah laku di pintu masuk negara.

Iklan

Jabatan itu tidak akan berkompromi dengan pegawai yang melanggar akta, peraturan dan prosedur operasi standard termasuk arahan tetap Ketua Pengarah.

JIM juga mahu pastikan pegawai yang berada di pintu masuk adalah mereka yang berintegriti sekali gus menjadi landasan kepada setiap pegawai bertugas.

Iklan

Sementara itu Nor Halmey berkata, inisiatif tersebut bakal meningkatkan kecekapan bagi memastikan pengurusan yang lebih baik dalam sektor awam.

"Penilaian keberkesanan kaedah pusingan kerja ini boleh dilakukan secara berkala untuk memastikan ia mencapai objektif yang diharapkan.

"Semua penjawat awam juga wajib mematuhi kehendak kerohanian asas yang dituntut agama. Mereka juga perlu sentiasa diberi kursus secara berkala berkaitan integriti dan ujian yang merangkumi segala aspek jenayah rasuah,” katanya.