Hutang rumah antara punca bankrap
Iklan
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menolak kemungkinan hutang rumah terlalu tinggi antara penyebab berlakunya peningkatan kes penjawat awam bankrap.
Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, harga rumah mahal membuatkan segelintir penjawat awam gagal menjelaskan hutang pinjaman hingga diisytiharkan muflis.