JAKARTA - Sebuah kampung di Jepara, Jawa Tengah menjadi tular di media sosial selepas jalan rosak di kampung tersebut dijadikan sebagai 'bahan seni abstrak' bertujuan memberi mesej kepada pihak bertanggungjawab terhadap kerosakan jalan tersebut.
Malah klip video yang dikongsikan menerusi akaun Istragram @surakartakita itu menerima pelbagai reaksi warga maya yang turut menyifatkan bahawa tindakan itu sebagai sindiran kepada pemerintah setempat.
Terlihat menerusi hantaran itu hasil seni yang menampakkan jalan rosak dicat berwarna putih selain berbentuk bulat dan bergaris secara tidak merata.
Sementara itu, seorang warga maya berharap 'hasil seni' itu mendapat perhatian pihak berkenaan.
"Singkat, padat, harap diberi perhatian," kata Huna.
"Menyindir menggunakan seni," ujar Qayu pula.
Sebelum itu, di Sumatera seorang wanita juga menggunakan cara tersendiri untuk menarik perhatian pihak bertanggungjawab bagi membaiki jalan yang rosak di kampungnya.
Wanita itu, Ummu Hani 'berposing' cantik di jalan yang rosak. - Agensi