Kanak-kanak 5 tahun tak takut pegang ikan

Iklan
Tangkap layar menunjukkan Puteri Nurhelena memegang ikan patin.

JERANTUT - [DIKEMAS KINI] Ibu bapa memberikan kebebasan untuk bermain bersama ikan pada bila-bila masa membuatkan anak perempuan mereka berani memegang haiwan berkenaan menggunakan tangan.

Ibu kepada kanak-kanak itu, Asraf Ahmad, 48, berkata, Puteri Nurhelena Azman, 5, sudah didedahkan dengan ikan patin dan tilapia sejak berumur tiga tahun setengah.

Asraf (kiri) bersama Puteri Nurhelena (tengah) dan suami (Azman).

Iklan
Iklan

Menurut Asraf, suaminya, Azman Zainuddin, 54, akan memberi peluang dan mengajar anak-anak mereka memegang ikan sejak kecil, namun tindakan tersebut perlu dipantau oleh orang lebih dewasa.

"Kita bagi pendekatan iaitu kebebasan bermain dengan ikan pada bila-bila masa sahaja.

Iklan

"Puteri Nurhelena mula suka dan tidak takut dengan ikan seawal usia tiga tahun. Kita ajar dia bagi ikan makan di sangkar dan di kedai,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Video tular tersebut mendapat perhatian warga maya di aplikasi TikTok dengan 1.9 juta tontonan serta lebih 80,000 tanda suka.

Iklan

Mengulas lanjut, Asraf dan Azman merupakan peniaga kedua-dua jenis ikan berkenaan di Sungai Jerantut Feri, Pahang.

Puteri Nurhelena

Tambahnya, Puteri Nurhelena tidak pernah cedera disebabkan kerap memegang ikan-ikan itu.

"Puteri Nurhelena tidak takut dengan semua jenis ikan.

"Dia pun tidak pernah sakit atau cedera walaupun saiz haiwan itu lebih besar dan berat daripadanya,” jelasnya.

Asraf memaklumkan Puteri Nurhelena, anak bongsu daripada tujuh adik-beradik berkenaan mempunyai impian dan cita-cita untuk menjadi seorang anggota polis.