PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa berharap, filem dokumentarinya ‘All Access to Rossa 25 Shining Years’ yang bakal ditayangkan di pawagam pada 18 Oktober ini, dapat menjadi inspirasi kepada penonton terutama wanita untuk terus berusaha agar impian mereka menjadi kenyataan.
Filem dokumentari yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-25 kerjaya seni pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani itu, mengisahkan perjalanan hidup dan kejayaannya sepanjang karier dalam industri muzik.

Rossa (dua dari kanan) pada sidang akhbar sempena tayangan Filem Dokumentari ?All Access To Rossa 25 Shining Years? di DADI Cinema Pavilion KL, baru-baru ini. - Foto: Bernama