KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan efektif kerajaan dalam menangani penularan wabak koronavirus.
Menurutnya, ia dapat dilihat apabila hampir setiap hari perkembangan mengenai wabak itu dimaklumkan kepada umum.
"Mereka ambil tindakan wajar (dalam tangani penularan wabak koronavirus) dan tidak ambil ringan.
"Ketegasan itu dapat dilihat dari segi pemantauan harian," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Zikir, Selawat Nuril Anwar dan Bacaan Yaasin di kediamannya di Bukit Segambut di sini malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Misi bawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan berlepas esok: Wan Azizah
'Kesiapsiagaan negara tangani isu koronavirus pada tahap terbaik'
Mengulas lanjut, Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan wabak yang dikesan bermula di Wuhan, China itu dengan isu kaum.
"Tentunya ini soal penyakit, kita tidak boleh gunakan ini dengan kaum, menghina orang saya tidak setuju.
"Kita kena cari jalan kerana belum tahu jangkitan itu kepada orang lain," katanya.