Pesara usia 85 tahun rugi RM91,060 terpedaya skim pelaburan

Iklan
Mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak 26 kali ke dalam enam akaun bank yang diarahkan suspek. Gambar hiasan. (Gambar kecil: Asisten Komisioner Azli Mohd Noor)

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas berusia 85 tahun terpaksa menanggung kerugian lebih RM91,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang juga pesara kerajaan menerima pesanan iklan daripada nombor tidak dikenali melalui aplikasi mudah alih, WhatsApp pada 29 Oktober 2023.

Iklan
Iklan

Menurutnya, iklan tersebut menawarkan pelaburan Madinah emas yang menjanjikan keuntungan lumayan.

"Mangsa telah ditawarkan dengan pakej VIP bermodalkan RM500 dan menjanjikan keuntungan sebanyak RM15,800 dalam tempoh empat jam.

Iklan

"Mangsa yang berminat dengan tawaran lumayan itu telah membuat pemindahan wang sebanyak 26 kali dengan rela hati ke dalam enam akaun bank yang diarahkan suspek, kononnya untuk mendapatkan kadar pulangan pelaburan yang disertai," katanya di sini pada Rabu.

Menurut Azli, mangsa menyedari ditipu selepas tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan dan tampil membuat laporan polis pada Isnin lalu.

Iklan

"Selepas membuat transaksi tersebut, mangsa tidak menerima wang yang dijanjikan. Mangsa merasakan dirinya ditipu oleh suspek sehingga mengalami kerugian sebanyak RM91,060.

"Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polia di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kuala Terengganu dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,"katanya.

Azli berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

"Masyarakat dinasihati supaya sentiasa peka, berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan kadar pulangan lumayan yang dijanjikan oleh mana-mana skim pelaburan.

"Mereka juga perlu membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi sebagai langkah proaktid bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," ujarnya.