Jika Kamala Harris menang, Israel tidak akan wujud - Trump

Iklan
Trump, Kamala Harris

CALON presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump, mendakwa Israel mungkin tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun akan datang jika Kamala Harris menjadi presiden.

Menerusi debat calon presiden pada Rabu, bekas presiden AS itu menyatakan, Kamala Harris 'membenci Israel' dan tidak menyokong Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Iklan
Iklan

"Dia benci Israel. Jika dia presiden, saya percaya Israel tidak akan wujud dalam tempoh dua tahun lagi, dan saya telah membuat ramalan yang agak baik, (bagaimanapun) saya harap saya salah tentang ini.

"Dia benci Israel. Pada masa yang sama, dalam caranya sendiri, dia benci penduduk Arab kerana keseluruhan tempat itu akan meletup. Orang Arab, rakyat Yahudi, Israel. Israel akan hilang,” katanya.

Iklan

Menyentuh topik berkaitan, Trump juga mendakwa, perang antara Ukraine dan Rusia tidak akan berlaku sekiranya beliau masih memegang jawatan presiden.

Katanya, hubungannya yang baik dengan Presiden Rusia Vladimir Putin telah menghalang sebarang pencerobohan sepanjang tempoh empat tahun beliau di Rumah Putih.

Iklan

Menurut Trump, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine hanya berlaku kerana kepimpinan semasa gagal menguruskan hubungan diplomatik dengan betul. - Awani

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu dasar luar AS dan bagaimana kepimpinannya dapat menghalang konflik global yang kini sedang berlaku.