Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther ditahan polis

Iklan
Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.

PUTRAJAYA - Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Muhammed Yusoff telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa pistol dan 305 gram dadah disyaki ganja bukan miliknya dan tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut.

"Ujian saringan air kencing juga negatif," katanya pada Rabu.

Iklan

Muhammad Rafique berkata, anak guamnya juga telah menyatakan dalam rakaman percakapan bahawa pistol dan dadah tersebut diletakkan dalam keretanya sebagai perangkap oleh pihak yang didakwa mempunyai dendam atau permusuhan dengan beliau.

"Mereka yang Muhammed Yusoff maksudkan telah pun dibekalkan nama serta kaitan penama-penama tersebut dengan pimpinan politik negara.

Iklan

"Pihak polis juga telah dimohon oleh Muhammed Yusoff serta peguam untuk dibenar membuat laporan polis mengenai perkara ini.

"Surat berkaitan telah pun diutus," kata Muhammad Rafique.

Jelas beliau, keperluan membuat laporan polis itu adalah supaya pembelaan Muhammed Yusoff dimajukan pada seawal mungkin agar ianya tidak dilabel 'afterthought' atau rekaan.

"Muhammed Yusoff yang ketika ini berada dalam tempoh tahanan reman sejak Jumaat lalu turut menyuarakan kebimbangan mengenai beliau apatah lagi kes-kes sivil beliau terkait dengan individu-individu berpengaruh masih berjalan.

"Kes-kes ini mempunyai sensitivitinya tersendiri.

"Keluarga Muhammed Yusoff berdiri teguh menyokongnya dan berharap pihak PDRM profesional dalam melaksana tugas mereka," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menetapkan perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya akan bermula pada 16 Jun tahun depan.

Pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff memfailkan saman mendakwa beliau telah diserang Presiden PKR itu secara seksual pada Oktober 2018, beberapa hari sebelum Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Dakwanya lagi, beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat kejadian tersebut, dan menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta faedah, kos dan relif lain.