FUKUOKA - Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes, menurut pegawai bandar pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.
Menurut pegawai bandar Fukuoka, gajah betina berusia 12 tahun itu, satu daripada empat ekor yang tiba di Jepun dari Myanmar pada akhir Julai, diuji positif awal bulan ini untuk virus herpes pada gajah atau Elephant endotheliotropic herpesvirus (EEHV).