Lestarikan alam sekitar dengan 4,000 bebola lumpur

Iklan
Seramai 200 peserta menyertai program 'Dr Little Pantai SP Heal the Mother Earth' bagi menghasilkan mudball.

SUNGAI PETANI - Sebanyak 4,000 bebola lumpur dihasilkan kanak-kanak sekitar daerah Kuala Muda menerusi program 'Dr Little Pantai SP Heal the Mother Earth' pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Sungai Petani, Tio Bee Chan berkata, kira-kira 200 peserta dari pelbagai sekolah mengambil bahagian dengan matlamat berupaya mendidik generasi muda mengenai kepentingan melestarikan alam sekitar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bebola yang juga dikenali sebagai 'mudball' akan dibiarkan selama seminggu untuk diperam bagi memaksimumkan fungsinya sebelum dilontarkan ke dalam sungai bertujuan membantu merawat pencemaran selain menstabilkan ph air sungai.

Peserta diajar langkah penyediaan mudball.

"Aktiviti ini juga dapat membantu membersihkan kotoran sungai sekali gus melestarikan alam sekitar untuk terus dimanfaatkan generasi akan datang.

Iklan

"Dalam masa sama, ia juga dilaksanakan sebagai kesinambungan program terdahulu yang dianjurkan Pantai Hospital dalam usaha mengekalkan kesihatan dan memperkasakan komuniti," katanya.

Acara yang bermula jam 9 pagi dimulakan dengan sesi taklimat sebelum peserta diberikan latihan praktikal pembuatan bebola lumpur.

Iklan
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam program 'Dr Little Pantai SP Heal the Mother Earth' bagi menghasilkan mudball.

Penghasilan bebola lumpur melibatkan penggunaan mikroorganisma efektif, molases, tanah dan sabut kelapa yang merupakan salah satu alternatif bagi merawat serta membaik pulih kualiti air sedia ada.

Program selesai kira-kira jam 1 petang sebelum kesemua bebola lumpur dikumpulkan di tempat khas sebelum dilontarkan ke dalam sungai, sebaik selesai diperam.