Ali Sadikin Sadim Pegawai Daerah Sabak Bernam baharu

Iklan
Ali Sadikin menerima surat pelantikan daripada Haris (kanan) pada Rabu. Foto Pejabat SUK SELANGOR

SHAH ALAM - Ali Sadikin Sadim memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Sabak Bernam yang baharu.

Beliau menerima tugas rasminya pada Rabu seusai menerima surat pelantikan diserahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

Iklan
Iklan

Pengumuman itu dikongsi di laman Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor selepas sesi penyerahan surat pelantikan selesai.

"Ali Sadikin Sadin dilantik sebagai Pegawai Daerah Sabak Bernam yang baharu berkuat kuasa pada 11 September 2024.

Iklan

"Penyerahan surat lantikan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato Setia Haris Kasim di pejabatnya dekat bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam.

"Tahniah dan selamat bertugas diucapkan," menurut laman Facebook tersebut.

Iklan