KAHERAH - Menteri-menteri luar Liga Arab mendesak komuniti antarabangsa untuk menguatkuasakan pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 19 Julai, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pendapat itu mengesahkan bahawa kehadiran Israel di wilayah Palestin yang diduduki adalah tidak sah dan menggesa Israel menamatkan kehadiran haramnya secepat mungkin dan segera menghentikan semua aktiviti penempatan.
Pada akhir Mesyuarat Menteri-menteri ke-162 Majlis Liga Arab yang dipengerusikan oleh Yaman, para menteri itu menekankan bahawa semua negara dan organisasi antarabangsa ‘diwajibkan’ untuk tidak mengiktiraf kesahihan keadaan akibat daripada pendudukan berterusan dan haram Israel di wilayah Palestin.
Mereka turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan untuk mempertimbangkan langkah-langkah tambahan yang perlu untuk menamatkan pendudukan haram Israel secepat mungkin.
Menteri itu juga menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa agar mencepatkan penghakimannya terhadap kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel, menuduhnya gagal memenuhi tanggungjawabnya di bawah Konvensyen 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Penentuan itu berdasarkan keputusan Mahkamah bahawa rakyat Palestin dilindungi di bawah Konvensyen dan ketidakpatuhan Israel terhadap langkah sementara yang diperintahkan oleh Mahkamah.
Selain itu, para menteri berkenaan juga menegaskan bahawa pengusiran rakyat Palestin oleh Israel dari tanah mereka merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dianggap sebagai pengisytiharan perang dan pencerobohan terhadap keselamatan negara Arab, merosakkan prospek keamanan dan memburukkan lagi konflik di rantau berkenaan.
Menteri luar Liga Arab juga menugaskan kumpulan Arab di New York untuk mengambil langkah bagi menggantung penyertaan Israel dalam Perhimpunan Agung PBB kerana ketidakpatuhannya terhadap tujuan dan prinsip Piagam PBB, ancamannya terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa, serta kegagalannya memenuhi tanggungjawab yang menjadi syarat kemasukannya ke dalam PBB.
Selain itu, menteri berkenaan mengesahkan penolakan mereka terhadap dakwaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk mewajarkan keengganannya untuk berundur dari koridor Philadelphi, menyifatkan dakwaan itu sebagai usaha untuk menggagalkan usaha gencatan senjata dan pertukaran tahanan serta tawanan yang dilakukan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.
Mereka menggesa Israel berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza, termasuk koridor Philadelphi dan bahagian Palestin di sempadan Rafah. Mereka turut menekankan keperluan untuk mengendalikan lintasan Rafah mengikut peraturan yang ditetapkan serta menghapuskan semua halangan untuk akses kemanusiaan yang selamat, mencukupi, dan cepat melalui sempadan berkenaan.
Selain itu, menteri luar negara Arab mengumumkan sokongan penuh terhadap langkah Negara Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Mereka menyeru Majlis Keselamatan untuk menerima keanggotaan itu berdasarkan keputusan Perhimpunan Agung PBB yang mengiktiraf hak dan kelayakan Negara Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB. - Bernama