Pendaftaran LKM 2024 dilanjut hingga 15 September ini

Iklan
Pendaftaran LKM 2024 dilanjut sehingga 15 September ini.

SHAH ALAM - Pendaftaran bagi Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 dilanjutkan sehingga 15 September 2024.

Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan masih terdapat permintaan yang menggalakkan daripada orang ramai untuk mendaftar meskipun pendaftaran LKM 2024 telah ditutup 7 September lalu.

Iklan
Iklan

"YKM dan penganjur bersama Ten Senses (M) Sdn Bhd telah bersetuju untuk melanjutkan pendaftaran bagi LKM 2024 sehingga 15 September 2024.

"Kami menyeru kepada orang ramai untuk tidak melepaskan peluang ini dan segera mengesahkan penyertaan melalui laman web https://www.ticket2u.com.my/event/36349/larian-keluarga-malaysia-2024 sebelum 15 September ini, bagaimanapun saiz baju LKM 2024 amat terhad," katanya pada Rabu.

Iklan

LKM 2024 yang akan diadakan pada 29 September di Persiaran Flora, Cyberjaya merupakan larian amal bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang hilang tempat bergantung akibat Pandemik Covid-19.

YKM memerlukan dana sekurang-kurangnya RM5 juta setahun untuk memastikan kira-kira 1,000 anak yatim di bawah kendaliannya mendapat pendidikan yang sempurna dan memastikan kebajikan mereka terbela.

Iklan
Cabutan bertuah bernilai lebih RM70,000 menanti peserta yang mendaftar dalam LKM 2024.

Tambah kenyataan tersebut, cabutan bertuah bernilai lebih RM70,000 menanti peserta yang mendaftar dalam LKM 2024 seperti sebuah kereta Perodua Axia, telefon bimbit, pakej percutian, televisyen, basikal, peralatan elektrik, hamper serta pelbagai hadiah menarik lagi.

"Larian ini akan disertai Perdana Menteri kesembilan yang juga Pengerusi YKM, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bersama duta, Khairy Jamaluddin.

"Turut sama, legenda sukan negara seperti pemenang pingat perak sukan Olimpik 2016, Goh Liu Ying Jaguh Bina Badan Asia, Datuk Malek Nor, Datuk Zainal Abidin Hassan, Datuk Santokh Singh, Roslin Hashim, Datuk Marina Chin dan Datuk Zaiton Othman.

"Yayasan Kebajikan Atlet Negara (YAKEB) merupakan rakan strategik LKM 2024. Larian berkenaan turut dikuasakan oleh 'Keluar Sekejap' sebagai podcast rasmi, Hot FM menjadi radio rasmi manakala Free Malaysia Today dan Sinar Harian selaku media rasmi LKM 2024," katanya.

Harga tiket LKM mengikut kepada tiga kategori iaitu RM39 (fun run) untuk larian sejauh lima kilometer (km), RM59 (10km) dan RM79 (21km).

Sementara itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Yayasan Keluarga Malaysia boleh didapati di laman web https://yayasankeluargamalaysia.org.my atau hubungi talian 0322027493.