[VIDEO] 20 rumah amal GISB diserbu, 402 kanak-kanak diselamatkan - KPN

Iklan

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dipercayai milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada Rabu.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksplotasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik sebuah kumpulan berkenaan.

Iklan
Iklan
Seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dipercayai milik sebuah kumpulan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada Rabu. Foto PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam operasi Ops Global yang dijalankan jam 6 hingga 11 pagi itu, pihaknya turut menahan 171 individu terdiri tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian.

Razarudin. Foto Bernama

Menurutnya, individu ditahan terdiri 66 lelaki dan 105 perempuan berusia 17 hingga 64 tahun.

Iklan

"Semua mangsa kanak-kanak yang diselamatkan akan menjalani saringan awal pemeriksaan kesihatan di fasilti disediakan sebelum proses dokumentasi akan dilaksanakan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.

"Proses ini dijangka mengambil masa 14 hari, namun tertakluk kepada keperluan lain," katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini pada Rabu.

Iklan

Razarudin berkata, serbuan itu dilakukan susulan laporan polis diterima pihaknya pada 2 September lalu mengenai kes pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah amal di Port Dickson.

"Bertindak atas maklumat polis telah membuka lapan kertas siasatan iaitu empat di Negeri Sembilan dan empat lagi di Selangor.

Polis telah membuka lapan kertas siasatan iaitu empat di Negeri Sembilan dan empat lagi di Selangor.

"Dalam kes di Port Dickson itu, enam suspek berusia 20-an hingga 40-an ditahan terlibat terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan," katanya.

Tambah beliau, antara modus operandi digunakan, mangsa didedahkan cara meliwat sebelum diliwat penjaga dan dipaksa pula untuk meliwat penghuni lain.

"Mangsa yang tidak sihat dihalang mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal.

"Kumpulan itu juga dipercayai menggunakan kanak-kanak dan sentimen agama untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.

"Mangsa dicederakan menggunakan objek dipanaskan sebagai hukuman atas kesilapan dilakukan selain menyentuh tubuh badan mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam," katanya.

Beliau berkata, hala tujuan siasatan 'OP Global' setakat ini menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792]; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa.

"Dalam tempoh 2011 hingga 7 September lalu, polis telah menerima 41 laporan polis terhadap kumpulan perniagaan itu termasuk 19 di Selangor, Negeri Sembilan (13), Perlis (1), Kedah (3),Pulau Pinang (2), Kuala Lumpur (1), Melaka (1), Johor (5),Pahang (2), Terengganu (1) dan Sabah (1)," katanya.

Sementara itu, Razarudin berkata, berdasarkan siasatan awal polis mendapati setakat ini tiada ahli politik terbabit dalam kegiatan kumpulan itu.