Lelaki ditahan bersama pistol, dadah direman enam hari

Iklan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik yang ditahan pada Jumaat direman enam hari bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menahan individu berkenaan yang merupakan lelaki warga tempatan itu di Jalan Bukit Kiara di sini.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan, polis telah menemukan dua pucuk pistol tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja di dalam kenderaan suspek.

"Suspek kini direman enam hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, individu terbabit ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, Muhammed Yusoff Rawther telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa pistol dan 305 gram dadah disyaki ganja bukan miliknya dan tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut.

"Ujian saringan air kencing juga negatif," katanya pada Rabu.