60 pelajar tiga negara sertai Pertandingan Seni Generatif AI antarabangsa

Iklan
Ahamad Tarmizi barisan belakang (dua dari kiri) bergambar dengan guru dan peserta prasekolah di SK Seri Ketereh. Foto Ihsan UMK

KOTA BHARU - Lebih 60 pelajar dari tiga negara termasuk peserta termuda dalam kalangan murid prasekolah negara ini menyertai Pertandingan Seni Generatif Kecerdasan Buatan (AI) Antarabangsa 2024.

Pertandingan disertai pelajar dari Malaysia, Indonesia dan Mesir itu dianjurkan oleh Creative Accelerator Center (CAC), Fakulti Teknologi Kreatif serta Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) secara dalam talian bermulai 6 Jun hingga 30 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Pengarah CAC FTKW UMK, Profesor Madya Ahamad Tarmizi Azizan berkata, pertandingan melibatkan tiga kategori iaitu (5 hingga 6 tahun), (7 hingga 12 tahun) dan (13 hingga 19 tahun).

Karya Seni Generatif AI yang turut dipamerkan. - Foto Ihsan UMK

"Paling membanggakan penyertaan peserta paling muda berusia enam tahun antaranya dari beberapa sekolah di Kelantan dalam bidang yang sedang berkembang pesat di peringkat global ini.

Iklan

"Mereka termasuk tiga yang tersenarai pada peringkat akhir. Acara kemuncak pengumuman pemenang serta penyampaian hadiah akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 14 September ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Antara Seni Generatif AI profesional dari Malaysia. Foto Ihsan UMK

Beliau sebelum itu turut menyampaikan sijil kepada lima peserta termuda dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh.

Iklan

Program mendapat kerjasama Persatuan Pendidik Animasi Malaysia (PPAM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan.

MDEC, Persatuan Seniman Seni Digital Malaysia dan Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah ialah antara penaja utama program itu.

Ahamad Tarmizi berkata, turut diadakan pameran lebih 200 karya seni dari 15 negara di SSTP JPN Kelantan.

Seni Generatif AI profesional yang dihasilkan warganegara ini. Foto Ihsan UMK

Tambah beliau, acara tersebut juga sebahagian daripada penganjuran Karnival Pendidikan Digital dan International MyDigital Maker Fair 2024 Zon Timur yang bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap seni digital dan teknologi, khususnya dalam bidang AI.

Katanya, panel juri terdiri daripada ahli akademik juga pakar seni budaya dari Malaysia, Jerman, dan Turki yang sekali gus memberikan penilaian berkualiti tinggi, nilai tambah serta impak terhadap karya seni digital generasi baharu.

"Pameran seterusnya akan dipersembahkan di International MyDigital Maker Fair 2024 di KLCC pada 13 hingga 15 September nanti.

"Ini adalah peluang untuk meneroka potensi teknologi AI dalam menghasilkan karya inovatif selari dengan kepentingan teknologi AI dalam seni visual dan trend global yang semakin berkembang,” katanya.