59 pekerja kilang sesak nafas, muntah terhidu gas ammonia

Iklan
32 daripada 59 mangsa yang hanya mengalami gejala muntah-muntah mendapat rawatan di tempat kejadian. - Foto JBPM Kedah

KULIM - [DIKEMASKINI] Seramai 59 pekerja sesak nafas dan mengalami muntah selepas terhidu gas ammonia bocor di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kulim Hi Tech di Kulim di sini tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, seramai 27 pekerja dikejarkan ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan manakala 32 pekerja yang mengalami muntah hanya mendapatkan rawatan di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Seorang daripada 27 pekerja yang dirawat di hospital ditempatkan di zon merah manakala selebihnya berada di zon kuning," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kebocoran gas ammonia berpunca daripada saluran paip gas ke bahagian pengeluaran stor kilang tersebut telah bocor.

Pekerja berada di luar kilang untuk mendapatkan rawatan segera. - Foto JBPM Kedah

Iklan

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.45 malam dan sampai ke lokasi kejadian pada jam 12.06 tengah malam tadi.

"Tindakan awal BBP Kulim Hitech membuat 'decon' pada kesemua mangsa bagi meneutralkan gas tersebut sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan selanjutnya.

Iklan

"Seramai 21 anggota bomba ditugaskan ke kilang tersebut untuk mengawal keadaan selain mendapat bantuan daripada tiga ambulans dari KKM," katanya.

Katanya, setakat semalam pihaknya masih belum dapat mengenal pasti bangsa dan jantina 59 mangsa yang terjejas.