Panduan makan minum di negara bukan Islam

Iklan
UMAT Islam yang melancong atau bekerja di negara bukan Islam perlu lebih peka dan berhati-hati dalam mendapatkan makanan halal. Bagaimanapun ada panduan yang boleh diikuti jika tiada restoran Muslim. Foto CANVA

ISU halal dan haram makanan sememangnya dititikberatkan Islam, lebih-lebih lagi apabila bertandang ke negara yang bukan Islam.

Walaupun sudah banyak negara mempunyai badan yang bertanggungjawab mengelola dan mengeluarkan sijil halal di negaranya, namun sikap berhati-hati sepatutnya dijadikan amalan.

Iklan
Iklan

Timbul persoalan, apakah ada panduan daripada Islam apabila melancong atau bekerja di negara bukan Islam itu?

USTAZ AZHAR

Iklan

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, harus untuk seorang Muslim yang berada di negara bukan Islam untuk makan di kedai non-Muslim sekiranya tiada kedai orang Islam di sana.

"Syarat pertama, bahan makanannya adalah halal di sisi syarak.

Iklan
"Kedua, bekas yang digunakan untuk memasak seperti kuali dan periuk serta bekas untuk makanan dan minuman seperti pinggan serta cawan adalah bersih,” katanya di Facebook miliknya pada Selasa.

Ustaz Azhar kemudian memetik ayat ke-168 surah al-Baqarah: "Wahai manusia, makanlah oleh kamu sekalian daripada rezeki di bumi itu yang halal lagi suci.”

Katanya, perkara tersebut pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan Abi Tha’labah Al-Khashani RA berkata kepada Baginda:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami pernah berada di negara Ahli Kitab yakni orang-orang kafir, maka bolehkah kami makan di dalam bekas-bekas makanan mereka?

Lalu Rasulullah SAW menjawab:"Jangan kamu sekalian makan di dalam bekas-bekas makanan mereka itu melainkan jika kamu tidak jumpa akan yang lainnya. Maka bersihkanlah dahulu bekas-bekas makanan mereka dengan air, kemudian barulah kamu makan di dalam bekas tersebut.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Dalam riwayat lain, Ustaz Azhar berkata, Rasulullah SAW berpesan:

"Jika kamu sekalian tidak berjumpa melainkan yang ada ialah bekas makan minum mereka itu yakni orang-orang kafir, maka janganlah kamu sekalian makan di dalamnya. Hendaklah kamu membasuh bekas makan minum mereka terlebih dahulu kemudian barulah guna untuk makan dan minum.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Oleh itu katanya, jika bahan makanan tersebut adalah haram seperti haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak, maka haram memakannya sekalipun dibasuh sehingga bersih.

ISLAM turut menitikberatkan penggunaan pinggan mangkuk serta kuali dan periuk yang digunakan restoran bukan Islam tersebut agar ia tidak bercampur dengan makanan yang tidak halal seperti babi. Foto CANVA

Sementara itu, apakah dibolehkan seorang Muslim memakan masakan yang dimasak atau disediakan oleh non-Muslim yang bukan Ahli Kitab seperti Hindu, Sikh, Buddha dan lain-lainnya?

Dalam hal ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, dibolehkan bagi seorang Muslim untuk makan makanan tersebut selagi mana ia adalah halal dan bukannya dari hasil sembelihan mereka.

"Walaupun begitu, ini tidaklah menafikan keafdalan bersikap warak dalam mengambil suatu makan.

DIBOLEHKAN makan makanan yang dimasak non-Muslim asalkan ia halal. Foto CANVA

"Adalah afdal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertakwa dan disediakan juga dengan takwa,” jelasnya dalam artikel Al-Kafi #564: Hukum memakan makanan yang dimasak oleh non-Muslim (bukan Ahli Kitab).