Pemetaan prestasi GLC dan GLIC perlu, elak pertindihan fungsi

Iklan
Syed Ibrahim ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar edisi 455 'Gabung agensi dan Cabaran Reformasi' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - Tindakan pemetaan prestasi terhadap syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dilaksanakan bagi menentukan sama ada pertindihan antara organisasi berkenaan berlaku atau tidak.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, isu berkenaan boleh dilihat secara lebih terperinci adalah menerusi aspek peranan dan terma rujukan daripada setiap institusi terlibat.

Iklan
Iklan

"Jika nak tahu sama ada berlaku pertindihan atau tidak. Kita kena lihat semula terma rujukan daripada setiap organisasi (GLC dan GLIC) ini. Apakah terma rujukan, bidang kuasa, punca kuasa, fungsi dan pelaporannya sebab itu sukar untuk kata tidak ada pertindihan.

"Memang ada tetapi sejauh mana pertindihan itu sehingga menyebabkan kita rugi. Dari segi hasil cukai yang rakyat bayar dan sejauh mana pula itu menjadi satu lubuk yang diisi penjawat-penjawat ini sehingga menyebabkan lebih banyak kerugian," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 455 'Gabung agensi dan Cabaran Reformasi' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Wacana Sinar edisi 455 'Gabung agensi dan Cabaran Reformasi' yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Program yang dihoskan Dr Noor Nirwandy Mat Noordin itu menampilkan bekas Pengarah Sumber Manusia MITI, Lailah Che Mohd Darus dan Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Perkhidmatan Awam dan Pembangunan Universiti Malaya, Dr Muhammad Asri Mohd Ali sebagai panelis.

Iklan

Dalam pada itu, Syed Ibrahim memaklumkan, situasi pertindihan boleh berlaku disebabkan keadaan yang melibatkan kedua-dua syarikat yang mahu memberi sumbangan terhadap ekonomi negara.

"Jika syarikat pemula melihat banyak institusi terlibat atau bertindih tapi sebenarnya sekiranya dipetakan kita akan dapat lihat dengan lebih jelas sama ada pertindihan itu sangat banyak atau ia hanya pada tempat atau sudut tertentu," ujarnya.

Mengulas mengenai persepsi rakyat terhadap keberkesanan badan berkenaan, beliau berkata, ia perlu dimulakan dengan penjelasan yang telus kepada masyarakat mengenai kaedah pelaksanaan reformasi yang bakal memberi kesan kepada mereka dan negara.

"Bila sebut berkaitan reformasi antara asasnya adalah menyentuh perkara dasar yang ada kesan terus kepada rakyat, jika buat sesuatu tetapi kesan tidak ada atau terlalu lambat ia akan menimbulkan persepsi.

"Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai gabungan ini iaitu untuk elak ketirisan, pertindihan kemewahan akibat daripada mewujudkan banyak badan berkanun yang akan menyebabkan kerugian kepada negara.

"Ini gambaran kepada rakyat bahawa ia urusan kerajaan perlu selesaikan untuk bantu rakyat. Apabila kita potong atau kurangkan, kita juga mahu ada peningkatan kecekapan khidmat kepada rakyat di samping pastikan ia lebih strategik dan merancakkan ekonomi dengan lebih bijak dan tepat dalam tempoh lebih singkat.

"Saya harap bila sebut pasal spekulasi, memang sukar untuk tangani segalanya tetapi kita perlu bagi ruang kepada sekretariat untuk menjalankan tugas.

"Pada masa sama, mereka pasti ada cara untuk sampaikan dengan jelas bahawa ini adalah baik untuk negara dan rakyat bukan hanya untuk birokrasi serta kerja pentadbiran sahaja," jelasnya.

//end//