Tekanan kerja punca berat badan naik

Iklan
Ouyang Wenjing semasa mempunyai berat badan 60kg dan meningkat ke80 kg dalam tempoh setahun. Foto Agensi

BEIJING - Seorang wanita China mendakwa berat badannya meningkat sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh setahun akibat tekanan kerja, lapor South China Morning Post.

Di China, istilah 'obesiti kerja berlebihan' hangat dibincangkan di platform media sosial yang dikaitkan waktu kerja panjang dan gaya hidup tidak teratur.

Iklan
Iklan

Ouyang Wenjing, 24, dari wilayah Guandong di Selatan China berkata di platform Xiaohongshu bahawa berat badannya meningkat dari 60kg ke 80kg dalam tempoh setahun.

Dia yang tidak menyatakan jawatan dan tempat kerjanya telah mendedahkan perkara itu dalam agensi berita Star Video bahawa pekerjaannya menjadi 'bencana' kepada kesihatan fizikal dan mental.

Iklan

Bagaimanapun, Wenjing yang mengambil keputusan berhenti kerja pada Jun lalu menyatakan keadaan dia 'semakin baik' dari semasa ke semasa.

Dedahnya lagi, sebelum ini dia sering bekerja lebih masa di samping syif tidak teratur selain mudah memesan makanan menerusi aplikasi penghantar makanan.

Iklan

Kini, Wenjing sedang melakukan diet hariannya seperti mengurangkan penggunaan minyak dan gula selain menumpukan dengan makan sayur, bijirin dan protein.

Pengalaman dikongsinya mendapat sokongan netizen lain yang bersetuju bahawa 'obesiti kerja berlebihan' akan menyebabkan tubuh badan mereka meningkat dengan mendadak. - Agensi