Lelaki menyamar anggota PGA dicekup, positif dadah

Iklan
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di Tumpat pada Rabu.

TUMPAT - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya mencekup seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota pasukan itu di sini pada Rabu.

Dalam jam 11 pagi, serbuan telah dilakukan ke atas sebuah rumah di Taman Sri Neting di sini dan membawa kepada penangkapan suspek terbabit.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tindakan tersebut dilakukan atas laporan serta maklumat yang dibuat oleh beberapa mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang telah disyaki menyamar sebagai anggota PGA berada di dalam rumah tersebut.

Iklan

"Kami juga turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha di rumah yang sama dan sebuah kereta jenis Perodua di lokasi berlainan yang disyaki digunakan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, anggaran rampasan tersebut RM15,000 dan saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampetamine.

Iklan

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyamaran dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.