Bawa mesej nilai murni Hari Malaysia menerusi Roblox - Cikgu Zyd

Iklan
Afiq atau lebih mesra dipanggil Cikgu Zyd.

SHAH ALAM - Sambutan Hari Malaysia akan dilaksanakan di sebuah platform sistem pembangunan permainan dalam talian, Roblox sebagai pendekatan untuk membawa mesej nilai-nilai murni kepada komuniti tersebut.

Pencipta kandungan, Afiq Mat Zaid berkata, ia berikutan pengguna permainan berkenaan bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah remaja serta orang dewasa juga sudah mula melayarinya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tujuan sambutan itu untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara dan semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak.

"Kita menjangkakan ramai akan ikuti dan mendapat sambutan baik dalam komuniti permainan ini di Malaysia serta luar negara.

Iklan

"Sedikit gambaran untuk sambutan dalam Roblox, kami akan anjurkan bersama Sinar Harian dan Sinar Bestari yang mana ia akan dilangsungkan pada 13 September ini mengikut peta di Dataran Putrajaya,” katanya pada Khamis.

Program yang julung kalinya diadakan bagi menyambut Hari Malaysia dalam talian tersebut akan bermula pada 8.30 malam di semua platform Sinar Harian.

Iklan

Afiq atau lebih mesra dipanggil Cikgu Zyd memaklumkan bahawa perhimpunan solidariti Palestin sebelum ini dilaksanakan selepas sambutan Maulidur Rasul pada Oktober tahun lalu yang turut dilakukan dalam permainan tersebut.

Ujarnya, pihak Israel menyerang Palestin pada bulan yang sama menyebabkan komuniti Roblox itu meneruskan solidariti secara maya untuk saudara Islam di negara terbabit.

"Waktu itu, kamu baru selesai sambutan Maulidur Rasul dalam Roblox juga dan pada bulan sama juga berlaku serangan daripada pihak Israel.

"Itu yang menyebabkan kami turut bersolidariti secara maya dan datanglah idea untuk buat perhimpunan beramai-ramai menunjukkan solidariti kami dengan komuniti roblox lain terutama di Malaysia,” jelasnya.

Afiq berkata, idea untuk melaksanakan perhimpunan solidariti Palestin itu menyebabkan namanya melonjak naik dan mula dikenali sehingga mendapat peluang berkolaborasi bersama Sinar Harian serta Sinar Bestari.

"Saya mula untuk penstriman ini mungkin dari tahun 2020 berbanding dengan kawan-kawan lain yang lagi lama dalam industri ini.

"Kebetulan datangnya idea nak buat perhimpunan dalam talian itu yang menyebabkan saya dapat naik dan tular," ujarnya.