Remaja maut motosikal hilang kawalan

Iklan
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Akibat hilang kawalan ketika menunggang motosikal, seorang remaja lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kempas Lama – Selong di sini pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 6.15 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan kereta di laluan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun dari arah Kempas telah hilang kawalan ketika berada di lokasi.

"Akibatnya, motosikal yang ditunggangnya telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 54 tahun yang sedang berhenti untuk membelok ke Jalan Putra Utama.

Iklan

"Akibat pertembungan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini diminta menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Ong Jin Siong di talian 011-16490168.