Berhati-hati balas kenyataan, jaga hati rakan bukan Islam - Firdaus

Iklan
Firdaus

TEMERLOH – Kepimpinan Pas diingatkan supaya berhati-hati ketika membalas kenyataan musuh politik supaya dapat menjaga hati dan perasaan golongan bukan Islam di negara ini.

Perwakilan Kelantan, Firdaus Mohamed Nawi berkata, mereka juga perlu mengelak daripada terperangkap dengan serangan dilemparkan parti seteru.

Iklan
Iklan

"Jangan marahkan nyamuk, kelambu di bakar.

"Jangan menembak peluru tabur sehingga dakwah kepada bukan Islam terasa disasarkan," katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Pemuda sempena Muktamar Pemuda Pas kali ke-65, di sini pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden turut mengingatkan perwakilan supaya menghapuskan anggapan bukan Melayu adalah pengundi Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Ahli Parlimen Alor Setar itu menegaskan, stigma tersebut perlu dibuang jauh oleh ahli parti kerana ia hanyalah tanggapan politik semata-mata.

Iklan

Dalam pada itu Firdaus mahu semua ahli Pas supaya sentiasa menjaga kedamaian dan keharmonian antara kaum di negara ini tanpa mengaitkan permusuhan politik.

"Pastikan sahabat-sahabat membalas serangan kepada musuh dengan berhemat, jangan tempiasnya terkena rakan-rakan kita daripada kaum Cina dan India.

"Sesungguhnya masih ramai cintakan keharmoniaan antara kaum sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya.