Pemuda Pas lulus usul tambah silibus pendidikan berkaitan Palestin

Iklan
Mohd Aizat

TEMERLOH - Dewan Pemuda Pas meluluskan usul penambahan silibus berkaitan Palestin di bawah sistem pendidikan kelolaan Pas pelbagai peringkat.

Membentangkan usul tersebut, Ketua Sektor Pendidikan Pemuda Pas, Mohd Aizat Zakaria menjelaskan, cadangan tersebut bersandarkan hakikat perjuangan negara berkenaan yang dekat dengan umat Islam di Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lima justifikasi telah diteliti dan dipertimbangkan termasuk penghayatan terhadap perjuangan serta sejarah umat Islam di Palestin dan Baitulmaqdis.

"Ia harus dipasak kepada generasi muda supaya terus bugar dalam persada perjuangan Pas serta rakyat Malaysia.

Iklan

"Pengenalan isu Palestin bukan sahaja memberi pengetahuan yang komprehensif kepada pelajar, malah memastikan mereka memahami naratif perjuangan yang sebenar," katanya ketika Muktamar Pemuda Pas kali ke-65, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai justifikasi usul itu, beliau menegaskan, ia bagi memastikan perjuangan Palestin didasari dengan kefahaman serta pengetahuan.

Iklan

Malah Mohd Aizat menyifatkan, medium pendidikan merupakan medan asuhan kepada pengukuhan unsur berkenaan terhadap Palestin.

"Memahami perjuangan Palestin tidak terhenti kepada isu kezaliman Zionis dan pembebasan tanah air, tetapi melibatkan hubungan panjang para nabi dan rasul.

"Kefahaman terhadap perjuangan negara itu bertitik tolak daripada mempertahankan Baitulmaqdis, maka elemen ini boleh diteguhkan melalui sistem pendidikan," ujarnya.