Teliti rayuan serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - PM

Iklan
Anwar menghadiri Karnival Segalanya Felda di Felda Sahabat pada Khamis. Foto Bernama

LAHAD DATU - Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan mengadakan perbincangan bersama untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan kepada penduduk terlibat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah memaklumkan kepadanya tentang rayuan daripada penduduk untuk mengembalikan tanah adat milik mereka.

Iklan
Iklan

"Ada sekitar 400 ekar (161.87 hektar) di Tambisan yang melibatkan Felda. Saya akan minta Felda untuk segera berunding dengan kerajaan negeri.

Menurut Anwar, perubahan kerajaan dan penantian puluhan tahun oleh penduduk untuk mendapatkan kembali hak tanah adat mereka telah didengar oleh kerajaan Madani.

Iklan

"Kalau saya umum hari ini, seperti saya sebut di Kota Kinabalu, saya tidak mahu ia berlarutan selama enam bulan kemudian. Hari ini umum, minggu depan patut mula kerja, dan dalam tempoh satu hingga dua bulan tanah adat di Tambisan harus diselesaikan," katanya.

Anwar dalam pada itu turut meluluskan penubuhan sebuah pusat dialisis di Felda Sahabat bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar.

Iklan

Katanya, keperluan keseluruhan rakyat Sabah telah dibincangkan dengan kerajaan negeri, termasuk masalah tenaga elektrik serta bekalan air.

"Hal ini memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan Persekutuan, jadi janganlah dengar hasutan yang bangkang (menentang) ini. Kalau nak selamat rakyat Sabah, maka kerjasama baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah penting," katanya. - Bernama