Anwar mempengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah

Iklan
Anwar bersama Fadillah (kanan), Hajiji Noor (dua dari kanan) dan Abang Johari (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Ketibaan Anwar pada jam 2.28 petang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Iklan
Iklan

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta beberapa barisan Kabinet Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak, dan ahli majlis yang lain.

Terdahulu, Anwar melawat Felda Sahabat di Lahad Datu bagi menghadiri Karnival Segalanya Felda, pagi tadi, sempena lawatan rasmi dua hari ke Sabah. - Bernama

Iklan

Iklan