Khairul Aming tutup kilang lima hari bawa staf bercuti

Iklan
Pekerja sepenuhnya diberi rehat dan tiada perbincangan mengenai prestasi kerja dan syarikat semasa percutian berkenaan.

SHAH ALAM - Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menutup kilang miliknya selama lima hari untuk membawa 100 pekerjanya bercuti di Pulau Pinang.

Menurutnya, kesemua pekerja terbabit disediakan penginapan di hotel bertaraf lima bintang untuk berehat dan bercuti dengan gembira.

Iklan
Iklan

"Semua staf dapat hotel lima bintang bilik pemandangan laut beserta duit poket untuk membeli belah.

Staf diberi waktu berehat dan bercuti dengan gembira selain diberi penginapan di hotel bertaraf lima bintang.

"Mereka juga boleh bermain pelbagai permainan seperti escape park, parasailing, banana boat, jet ski, berjalan di bandar Georgetown, makan nasi kandar, makan malam eksklusif dan macam-macam lagi.

Iklan

"Yang penting semua staff dapat berehat dan bercuti dengan gembira," katanya menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

Tambah Khairul Aming, sepanjang tempoh percutian tersebut, pekerjanya tidak dibenarkan berfikir soal kerja.

Iklan
Pekerja sepenuhnya diberi rehat dan tiada perbincangan mengenai prestasi kerja dan syarikat semasa percutian berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata warga net berkongsi rasa teruja, malah ramai yang cemburu melihat kesemua pekerja terbabit dimewahkan oleh majikan seperti Khairul Aming.

Dalam pada itu, ramai juga yang meninggalkan komen, mendoakan pempengaruh popular itu dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT kerana menjaga kebajikan pekerjanya.

Khairul Aming bersama pekerjanya yang dibawa berehat dan bercuti di Pulau Pinang.