Lampu papan tanda 'Selamat Datang Ke Kuantan' pun dicuri

Iklan
Keceriaan mercu tanda selamat datang ke Kuantan yang dihiasi pencahayaan lampu hiasan yang bertahan sebulan sebelum ia menjadi mangsa khianat pihak tidak bertanggungjawab. - Foto MPK

KUANTAN - Papan tanda berlampu 'Selamat Datang Ke Kuantan' yang menghiasi pintu masuk utama ke bandar ini dari Gambang sejak sebulan lalu menjadi mangsa khianat pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian disedari pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) semalam selepas mendapati lampu hiasan yang dipasang di mercu tanda itu dicuri manakala sistem pendawaian elektriknya juga dirosakkan.

Iklan
Iklan

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, pencahayaan lampu hiasan yang dipasang di lokasi itu dengan kos RM3,000 sejak sebulan lalu sebagai inisiatif untuk menceriakan bandar Kuantan terutama di laluan pintu masuk utamanya.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya menerima rungutan orang ramai berhubung masalah jalan gelap di Jalan Kuantan-Gambang yang menjadi salah satu pintu masuk utama ke bandar ini.

Iklan

"Walaupun jalan berkenaan bukan di bawah MPK, namun kita mengambil inisiatif membelanjakan sejumlah peruntukan bagi menceriakannya dengan pencahayaan lampu hiasan.

"Malangnya usaha kita ini hanya bertahan sebulan sebelum lampunya dicuri dan sistem pendawaian elektrik dirosakkan," katanya.

Iklan

Sistem pendawaian elektrik yang turut dirosakkan. - Foto MPK

Norkamawati berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

"Susulan kejadian itu, pihak MPK akan mencari jalan terbaik bagi membendung kejadian itu daripada terus berulang bukan hanya melibatkan kecurian lampu hiasan tetapi melibatkan isu vandalisme terhadap semua kemudahan-kemudahan awam yang disediakan," katanya.

Beliau berkata, sama ada pencahayaan lampu hiasan di lokasi itu akan dipasang semula atau sebaliknya bergantung kepada keputusan pihak pengurusan.

Mercu tanda selamat datang ke Kuantan tidak lagi bercahaya pada waktu malam seperti sebulan lalu selepas lampunya dicuri dan pendawaian elektrik dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. - Foto MPK