Lima murid sekolah, pemandu nyaris maut SUV terbabas

Iklan
Kenderaan SUV yang dinaiki kesemua mangsa terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Lebuh AMJ dekat Sungai Petai di sini, pada tengah hari Khamis.

ALOR GAJAH - Lima murid sekolah rendah dan seorang pemandu van wanita nyaris maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Lebuh AMJ dekat Sungai Petai di sini, pada tengah hari Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, bagaimanapun kesemua murid yang cedera itu berjaya diselamatkan dan dikeluarkan oleh orang awam dari kenderaan SUV jenis Perodua Aruz.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusia talian MERS 999 pada jam 1.34 tengah hari.

Menurutnya, setiba di lokasi pihaknya mendapati kesemua mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum ambulans tiba.

Ab Rauf (dua dari kiri) ketika berada di lokasi kejadian dan melihat mangsa yang tercedera sebelum dihantar ke hospital.

Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila SUV berkenaan terbabas melanggar pokok mengakibatkan enam mangsa iaitu pemandu wanita dan lima kanak-kanak cedera.

"Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Iklan

Jelasnya, operasi tamat pada jam 2.05 petang selepas kerja-kerja pemotongan pokok selesai dilakukan dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi nahas.

Difahamkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang dalam perjalanan pulang dari Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 turut turun padang ketika melalui lokasi kejadian.