Mekanik maut tersepit ketika baiki treler rosak

Iklan
Mangsa yang tersepit, berada di tengah antara treler dan van mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

IPOH - Seorang mekanik maut akibat tersepit antara dua kenderaan ketika sedang membaiki sebuah treler rosak di Kilometer 286.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 1.35 pagi itu, mangsa Mohammad Marinoor Chik, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa telah datang ke tempat kejadian dengan menaiki van dan meletakkan kenderaan di bahu kiri jalan untuk membaiki sebuah treler yang rosak.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, datang rakan setugas mangsa menaiki van berlainan dan berhenti di hadapan kenderaan mangsa.

Iklan

"Semasa sedang membaiki treler tersebut, secara tiba-tiba rakan mangsa mengundurkan kenderaannya ke belakang dengan laju dan melanggar van mangsa.

Mangsa telah datang ke tempat kejadian dengan menaiki van dan meletakkan kenderaan di bahu kiri jalan untuk membaiki sebuah treler yang rosak.

"Pelanggaran mengakibatkan van tersebut menggelongsor ke belakang dan menghimpit mangsa yang berada di tengah antara treler dan van," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, siasatan mendapati, rakan mangsa berusia 36 tahun terbabit telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.