Arteta sambung khidmat bersama Arsenal

Iklan
Arteta (kiri) dan Edu. Foto Agensi

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta melanjutkan khidmat bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut pada Khamis

Kelab London itu tidak mendedahkan sebarang butiran, kontrak pengendali dari Sepanyol itu akan berakhir pada penghujung musim, namun media tempatan berkata kontrak baharu tersebut berakhir 2027.

Iklan
Iklan

"Saya amat bangga, sangat teruja dan menantikan apa yang akan datang seterusnya.

"Saya berasa sangat terinspirasi, tercabar, disokong dan tekad mahu melakukan lebih daripada yang telah kita lakukan bersama selama ini,” kata Arteta.

Iklan

Bekas pemain tengah Arsenal Arteta mengambil alih tugas pada Disember 2019 selepas tiga tahun berkhidmat di Manchester City sebagai penolong kepada Pep Guardiola.

Pemain berusia 42 tahun itu mengetuai Arsenal kembali ke Liga Juara-Juara pada 2023, selepas lima tahun di luar kelompok empat teratas Liga Perdana.

Iklan

The Gunners, menduduki tempat kedua di belakang City dalam dua musim terakhir.

Anak buah Arteta mencipta rekod kelab Arsenal untuk kemenangan dan gol terbanyak Liga Perdana Inggeris dalam semusim sepanjang kempen 2023/24, dengan 28 kemenangan selepas menjaringkan 91 gol.

The Gunners juga mencapai kadar kemenangan keseluruhan tertinggi dalam sejarah kelab iaitu 67.3 peratus musim lalu.

"Kami mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap apa yang dilakukan dan apa yang kami mahu capai bersama. Kontrak baharu Mikel memberikan kami kestabilan dan hala tuju yang jelas sambil kami menyasarkan ke tahap baharu,” kata Pengarah Sukan Arsenal juga bekas pemain tengah Brazil, Edu.

Arsenal, yang berada di kedudukan keempat liga dengan tujuh mata, akan berkunjung ke Tottenham Hotspur pada Ahad.

LIGA PERDANA INGGERIS

14 SEPTEMBER (SABTU)

Southampton lwn Manchester United, 7.30 malam

Liverpool lwn Nottingham Forest, 10 malam

Manchester City lwn Brentford, 10 malam

Fulham lwn West Ham United, 10 malam

Crystal Palace lwn Leicester City, 10 malam

Brighton lwn Ipswich Town, 10 malam

15 SEPTEMBER (AHAD)

Aston Villa lwn Everton, 12.30 tengah malam

Bournemouth lwn Chelsea, 3 pagi

Tottenham Hotspur lwn Arsenal, 9 malam

Wolves lwn Newcastle United, 11.30 malam