Buruh binaan maut kenderaan bertembung lori

Iklan
Seorang buruh binaan maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Foto PDRM

BESUT - Seorang buruh binaan maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Lata Belatan berhampiran Kampung Kuala Kubang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian jam 3.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Haziq Afiq Mohd Aluwi, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak berhampiran dari tempat kerjanya di Lata Belatan di sini.

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lata Belatan berhampiran Kampung Kuala Kubang di sini pada Khamis. Foto PDRM

Katanya, lori jenis Hino dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil bekalan pasir untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Kampung Kuala Kubang.

Iklan

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori itu dipercayai masuk ke laluan bertentangan semasa melalui selekoh.

"Ia menyebabkan pemandu Ford Ranger gagal mengelak lalu bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Iklan
Mangsa maut akibat kenderaan dirempuh lori. Foto PDRM

"Akibat dari kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Abdul Rozak berkata, mayat Muhammad Haziq Afiq telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.