GSK, CEPI bekerjasama hasilkan vaksin koronavirus

Iklan
GlaxoSmithKline Plc (GSK)

BREBTFORD - Syarikat farmaseutikal GlaxoSmithKline Plc (GSK) bekerjasama dengan Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dalam usaha membangunkan vaksin untuk wabak koronavirus, menurut GSK dan CEPI dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan Reuters, GSK akan menghasilkan teknologi platform bahan pembantu yang bersedia untuk membangunkan vaksin menentang virus 2019-nCoV.

Iklan
Iklan

Penggunaan bahan pembantu itu akan membolehkan pengeluaran lebih banyak dos vaksin dan meningkatkan ketersediaan kepada lebih ramai individu.

"GSK akan melibatkan entiti yang dibiayai CEPI dengan perjanjian pertamanya ditandatangani antara pengeluar ubat Britain dan Universiti Australia Queensland, Australia," menurut kenyataan itu.

Iklan

Buat masa ini, tiada vaksin mampu melawan koronavirus, namun beberapa organisasi termasuk CEPI, sebuah badan awam swasta berpangkalan di Norway sedang berusaha membangunkannya.

Jumaat lalu, Institut Pertubuhan Pasteur Perancis memaklumkan telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang bertujuan menghasilkan vaksin terhadap virus dalam tempoh 20 bulan, manakala Menteri Penyelidikan Jerman menjangkakan virus berkenaan akan dihasilkan dalam beberapa bulan lagi.

Iklan

Wabak seperti selesema itu bergerak dengan pantas dan telah mengorbankan lebih 350 nyawa di China, merebak sekurang-kurangnya di 15 negara selain menyebabkan ekonomi kedua terbesar dunia dikenakan sekatan perjalanan serta perniagaan ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: China catat 56 kes kematian terbaru

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di wilayah Hubei, China terus meningkat kepada 350 kes dengan 56 kematian baharu direkodkan semalam.

Reuters melaporkan, sebanyak 2,103 lagi kes dikesan di wilayah itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,177 setakat semalam.

Kematian pertama akibat koronavirus di luar China dilaporkan semalam melibatkan seorang warga China berusia 44 tahun dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, yang meninggal dunia di Filipina, Sabtu lalu.

Naib Gabenor wilayah Hubei, Xiao Juhua berkata, wabak itu masih dalam keadaan buruk dan rumit.

Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih daripada 12 negara dan wilayah lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain. - Agensi