Polis berkas 11 suspek terbabit kegiatan loteri haram

Iklan
Antara barangan yang dirampas. Foto IPK Johor

JOHOR BAHRU – Polis menahan 11 individu melibatkan sembilan lelaki dan dua wanita hasil serbuan berasingan di premis perniagaan yang disyaki dijadikan lokasi menjual loteri haram di sekitar Batu Pahat, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 51 tahun.

Iklan
Iklan

"Serbuan dilakukan sekitar jam 5.45 hingga 6.45 petang semalam (Khamis), oleh pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan disertai oleh anggota dan pegawai dari Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

"Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas pelbagai peralatan seperti pen, kertas putih bercatit angka-angka, telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM1,457,” katanya.

Iklan
Premis yang diserbu. Foto IPK Johor

Kes disiasat bawah Seksyen mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika sabit kesalahan ujar beliau, hukuman denda RM20,000 hingga RM200,000 dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Kumar berkata, bermula 1 Januari lalu sehingga Khamis, polis Johor telah melakukan sebanyak 1,222 serbuan dan menahan seramai 1,227 individu.

Kesemua individu berkenaan melibatkan 1,182 warga tempatan dan 454 warga asing serta yang disyaki terlibat kegiatan loteri awam tanpa lesen.

"Seramai 1,080 lelaki warga tempatan, 21 lelaki warga asing dan 102 wanita warga asing telah ditahan dan pelbagai peralatan seperti pen, kertas putih bercatit angka-angka, penceta bergerak, telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai RM128,293 dirampas,” katanya.