Muda tuntut kerajaan negeri pantau cawangan GISBH Kelantan

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Abdul Rahman

KOTA BHARU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kelantan menuntut kerajaan negeri memantau dan menilai pengurusan serta operasi GISBH Global Ikhwan Services & Business Berhad Holdings (GISBH).

Ia susulan polis menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun selepas menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISBH di Negeri Sembilan dan Selangor.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kelantan, Abdul Rahman Khairuddin berkata, gesaan berkenaan bagi memastikan semua operasi mereka mematuhi tata kelola yang telus dan tidak mempergunakan mana-mana pihak.

Beliau memberitahu, setiap pentadbiran perlu mematuhi undang-undang termasuk penilaian berkala terhadap rangkaian perniagaan mereka dan pusat yang melibatkan kanak-kanak bagi memastikan tiada eksploitasi, penderaan, atau pengabaian yang berlaku.

Iklan

Menurut beliau, sebarang pelanggaran hak asasi manusia dapat ditangani dengan tegas dan lebih awal jika melibatkan penyalahgunaan undang-undang.

Kata beliau lagi, pemantauan awal turut memastikan GISBH mematuhi Akta Kanak-Kanak 2001 dan institusi

Iklan

yang menguruskan kanak-kanak, sama ada berasaskan agama atau sebaliknya tertakluk kepada piawaian yang sama tanpa pengecualian.

"Rakyat berhak mengetahui status sebenar operasi ini dan menuntut ketelusan serta integriti syarikat terbabit terutama melibatkan kanak-kanak yang mungkin terdedah kepada risiko eksploitasi," katanya.

Media pada Khamis melaporkan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengesahkan polis sudah memulakan siasatan terhadap kumpulan perniagaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).