'Ambil peluang kebangkitan anak muda' - Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas digesa mengambil peluang kebangkitan anak muda yang ingin mempertahankan Islam untuk memperkuatkan lagi sokongan terhadap parti itu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, apa yang penting kebangkitan anak muda tersebut perlu diisikan dengan kefahaman yang betul supaya mereka beristiqamah.

Iklan
Iklan

"Marilah kita ambil langkah segera melalui peluang kebangkitan anak muda, generasi baharu yang ingin mempertahankan Islam. Kita suburkan lagi kebangkitan anak-anak muda ini. Inilah tanggungjawab Dewan Pemuda Pas.

Abdul Hadi menjelaskan, sebelum ini dapat disaksikan kebangkitan Islam di Malaysia apabila generasi muda memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Iklan

Kata beliau, sebahagian daripada ahli UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), orang Melayu dan orang bukan Islam memberi dukungan kepada Pas.

"Pas menjadi parti yang mendapat undi terbanyak, menguasai empat buah negeri dan memiliki bilangan ahli Parlimen paling ramai walaupun tidak dapat menubuhkan kerajaan. Ini merupakan sebuah pencapaian bagi Pas.

Iklan

"Hari ini kita menyaksikan parti Islam di Jordan pula menang besar dalam pilihan raya Jordan. Sebelum ini gerakan Islam juga menang pilihan raya di Kuwait sebelum digantung keputusan pilihan raya tersebut. Inilah antara halangan yang dihadapi oleh gerakan Islam,” ujarnya.

Walaupun begitu, tegas Abdul Hadi, apa yang penting adalah keyakinan bahawa Islam dijanjikan kemenangan oleh ALLAH SWT.