Amaran hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di empat negeri dan orang ramai diminta berwaspada.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung bermula 15 hingga 19 September ini.

MetMalaysia berkata, negeri berkenaan termasuklah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

"Perak pula kawasan yang terlibat ialah Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Iklan

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Iklan