Pas terbuka ketengahkan calon wanita - Sanusi

Iklan
Muhammad Sanusi (tengah) bersama kepimpinan Dewan Muslimat Pas ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Muslimat Pas kali ke-64 pada Jumaat.

TEMERLOH - Pas tidak menetapkan sebarang kuota kepada Dewan Muslimat untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, parti itu sentiasa terbuka untuk sayap parti wanita menamakan calon untuk diketengahkan dalam mana-mana pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Sekarang di Kedah, ramai calon wanita. Kalau perjuangan (kuota) orang lain 30 peratus, kita bagi semua peluang, siap dilantik Exco (negeri) lagi," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Muslimat Pas kali ke-64, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar Kedah menjelaskan, keterbukaan parti untuk mengetengahkan calon wanita tidak melanggar hukum Islam.

Iklan

Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu menjelaskan, ia perlu bersesuaian dengan keadaan dan situasi di kawasan terlibat.

"Bab hukum (wanita jadi calon pilihan raya) selesai, tetapi melihat kepada kesesuaian. Kalau tempat itu secara fizikal tidak sesuai, kena ada pertimbangan lain.

Iklan

"Kita nak keupayaan intelektual, kesesuaian tempat. Macam di Sik (Kedah), lebih besar dari Perlis, orang tak ramai tetapi banyak kawasan hutan dan pergerakan sangat terbatas," jelasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai peluang ahli Dewan Muslimat untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar sekiranya Pas berjaya menguasai kerajaan negeri, beliau berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan kepimpinan parti.

"Tetapi kena menang pilihan raya dahulu, kalau parti (lantik wanita sebagai menteri besar) tiada masalah. Parti kena menang dahulu baru boleh lantik," ujarnya.