68 pasukan perubatan dihantar ke Hubei

Iklan
Kakitangan perubatan memakai pakaian pelindung ketika bertugas di Hospital Palang Merah Wuhan di Wuhan, China. - Foto: AFP

BEIJING - Sebanyak 68 lagi pasukan perubatan dihantar ke wilayah Hubei di China bagi membantu membendung penularan koronavirus.

Timbalan Gabenor Hubei, Xiao Juhua berkata, pasukan perubatan itu terdiri daripada 29 wilayah, majlis perbandaran, wilayah autonomi, Suruhanjaya Kesihatan Negara untuk Perubatan Cina tradisional dan Akademi Sains Perubatan Cina serta tentera.

Iklan
Iklan

"Pasukan perubatan tersebut melibatkan pakar berpengalaman, doktor dan jururawat bahagian pernafasan, jangkitan dan ubat-ubatan penjagaan kritikal. Sesetengah daripada mereka mempunyai pengalaman memerangi Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Ebola," katanya.

Daripada jumlah keseluruhan 8,310 anggota, 57 pasukan perubatan dengan 6,775 anggota telah dihantar ke 27 buah hospital di Wuhan manakala 11 pasukan perubatan dengan 1,535 anggota ditempatkan ke 10 bandar lain yang dijangkiti wabak.

Iklan
Iklan

Setakat ini, angka kematian akibat koronavirus di China meningkat kepada 360 orang dan lebih 17,200 kes yang disahkan. - Xinhua