Pekeliling SSPA boleh diakses hari ini

Iklan
Jabatan Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA – Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) telah boleh diakses melalui portal www.sspa.jpa.gov.my mulai hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan berkuat kuasa 1 Disember 2024, kerajaan akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Iklan
Iklan

"Dengan terlaksananya SSPA ini, kerajaan menerusi Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berharap agar aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam akan terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia di kalangan Pegawai Awam serta mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam memacu kesejahteraan Negara dan rakyat secara keseluruhannya,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Jelasnya, pelaksanaan dan perincian seperti pelarasan gaji dan urusan perkhidmatan menerusi SSPA akan dimulakan dengan sesi libat urus JPA dalam masa terdekat di semua Kementerian dan Jabatan bagi membolehkan para pengurus sumber manusia mendapat pencerahan sewajarnya.

Iklan
Iklan

"Pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen Pegawai Awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja,” katanya.