Lip Eng gesa polis siasat kenyataan Tuan Ibrahim berunsur perkauman

Iklan
Tuan Ibrahim, Lip Eng

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman.

Lip Eng berkata, kenyataan Tuan Ibrahim berkaitan penggunaan bahasa ibunda boleh menimbulkan rasa curiga antara kaum dianggap tidak tepat.

Iklan
Iklan

"Tuan Ibrahim telah menyatakan bahawa, kalau setiap kaum cakap bahasa dia akan timbul buruk sangka sebab tak faham dia cakap apa. Orang Cina cakap Cina, orang Melayu tak faham jadi akan timbul buruk sangka.

"Kenyataan beliau bukan sahaja tidak tepat malah berunsur perkauman dan berpotensi memecah belah masyarakat pelbagai kaum dalam negara," katanya menerusi laporan polis dibuat pada Jumaat.

Iklan

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Jinjang sekitar jam 9 pagi.

Lip Eng menggesa siasatan dilakukan demi mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara.

Iklan

"Saya minta polis menyiasat kenyataan tersbeut di bawah akta-akta yang relevan khusunya Seksyen 504 dan 505 (C) Kanun Keseksaan," katanya.

Pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas di Temerloh Pahang pada Rabu, Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan sifat saling curiga sesama bangsa yang tinggi berpunca daripada faktor penggunaan bahasa bangsa itu sendiri, yang menyebabkan orang Melayu berfikiran negatif terhadap bangsa lain.

Katanya, penggunaan satu bahasa akan dapat mengurangkan buruk sangka sesama kaum.