Besi penutup longkang dilarikan ancam pengguna jalan raya

Iklan
Gambar dimuat naik Muhammad Ariff Hakimi di media sosial pada Khamis.

KUALA TERENGGANU - Beberapa besi penutup longkang di Jalan pintasan Kuala Terengganu (KT Bypass) di sini dilaporkan hilang sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya, Muhammad Ariff Hakimi melalui hantaran di media sosialnya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Katanya, hantaran itu dimuat naik di media sosial bagi memberi peringatan kepada orang ramai sekiranya melalui kawasan tersebut.

"Ini kali pertama saya terjumpa besi penutup longkang ini dilarikan orang. Apabila tiada penutup agak berisiko kepada pengguna jalan raya.

Iklan

"Saya bimbang kalau orang ramai yang melalui kawasan ini tidak perasan ketika bawa kenderaan kerana ia boleh mengundang bahaya lebih-lebih lagi mereka yang membawa motosikal dengan laju," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, pihak berkaitan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil tindakan susulan berhubung perkara itu.

Iklan

KT Bypass melibatkan laluan sepanjang 5.8 KM secara empat lorong dua hala membabitkan persimpangan bertingkat di Simpang Tok Molor dan Simpang Tok Ku di Kuala Terengganu.