BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan cabaran pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi pada Jumaat.
Perlawanan suku akhir di Hong Kong Coliseum, Kowloon, Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 itu menang straight set ke atas pilihan kelapan, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit.